Monday, 12 October 2015

Cerita PLU versi aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan pada semua pembaca .  Malam ni officially aku dah buat satu blog genre paling gelap dan paling honest aku penah buat, Blog gay LOL. But aku bukan actually buat blog ni untuk buat orang horny , nak bagi pembaca aku bahan lancap such things.
Tapi tujuan aku adalah untuk pastikan adakah otak aku ni masih boleh dipakai, masih functional masih boleh berfikir secara radikal. Sebab sejak aku jadi PLU (out from closet a.k.a mula cari jantan)
aku rasa makin lama aku makin hilang pertimbangan rasional aku sebagai seorang manusia, Tiap-tiap hari aku mesti buka penyengat oren la... topeng emas la...  planet romeo la....aku tak tahu sebab apa. Adakah sebab aku bosan? sebab aku nak pastikan diri aku masih laku lagi ke? sebab aku sunyi? ke sebenarnya sebab aku sangap?



back to the past . macam mana aku jadi PLU

Dulu masa kecik-kecik tak dinafikan aku lagi suka tengok scene nampak nobita bogel daripada shizuka mandi. Entah kenapa aku rasa tak ada apa yang best pun pasal perempuan. Pada aku tetek tu cuma bonjolan yang lebih sikit je daripada dada lelaki dan satu lagi otak aku selalu pikir,"Perempuan apa yang best? kat bawah diorang tu tak ada apa-apa macam kote lelaki kena potong. Pastu siap rasa puki perempuan tu scary lagi bentuk dia."Pelikkan aku?

Then datanglah zaman sekolah rendah. Oleh kerana televisyen yang sering menayangkan cerita-cerita cinta antara lelaki dan perempuan aku jadi macam teringin nak kapel dengan perempuan. Tapi masalahnya, entah kenapa aku selalu bergaduh dengan perempuan. Ada je yang diorang tak puas hati dengan aku. tapi nak tau tak time tu aku fikir apa? Aku bayangkan one day mesti dyorang akan jatuh cinta dengan aku, sebab apa? sebab pengaruh drama melayu la... banyak kut cerita yang plot dia mula-mula bergaduh lama-lama bercinta. Nampak tak macam mana pengaruh drama dekat budak sekolah rendah? so jadi habit aku selalu cari gaduh dengan perempuan walaupun tak pernah ada satu pun yang tangkap cintan dekat aku. Aku anggap ni zaman feveret dalam hidup aku, aku rasa semuanya betul, tak ada masalah, penuh dengan imaginasi dan cita-cita  Bapak aku pernah tanya nanti besar nak jadi apa?aku jawab

adik nak jadi perdana menteri.



Datang pula zaman sekolah menengah, masa kecik-kecik dulu bukan nak bangga la, tapi aku sememangnya budak pandai. UPSR straight A aku siap dapat tawaran masuk MRSM  tapi bapak aku tak suka aku jauh-jauh dari dia. Dia suruh aku masuk sekolah agama. Mungkin dia ingat aku boleh jadi alim ulama bila aku didedahkan dengan persekitaran sekolah tu tapi nampaknya lain pula yang jadi. Masa Form 1 la aku rasa permulaan bagi segalanya. Tahun ni la daripada kanak-kanak nak berubah kepada remaja, mula mimpi basah, tumbuh bulu, zaman peningkatan hormon. Kebanyakan budak-budak akan jadi tak terkawal time ni. Hormon tak stabil kan.. merembes gila la. Time ni aku pun tak nak ketinggalan. Aku pun nak macam orang lain juga kawan aku masa tu ajak aku pegi cc tengok blue aku exited juga la. Tengah syok-syok tengok blue tu tiba-tiba mulut aku puji lelaki tu hensem. kawan aku tengok aku semacam je. Then dia tanya "kau suka lelaki ke?"

Masa aku kat sekolah agama kitorang diajar untuk tunduk bila nampak perempuan, pastu diorang selalu kata yang tak baik bergaul antara lelaki dengan perempuan rapat-rapat. nasihat tu aku rasa macam taboo sangat. Masa tu aku takut nak bergaul dengan perempuan tapi aku tengok kawan-kawan lain pula sibuk dok ber frienster la, hantar surat la dan berdating di koridor kelas masa kelas prep malam. Aku yang dahulunya seorang budak skema yang naif akhirnya mencuba jugak untuk mengikuti arus kehidupan seorang remaja normal. Berbekalkan cara macam mana watak lelaki kat drama tv mengorat perempuan itulah yang aku cuba buat. Masa tu aku sweet gila kut.Tapi yang sialnya bila aku balik hostel setiap kali senior form 4 atau form 5 lalu kat depan dorm, mata aku tak beralih. Stim gila tengok lagi-lagi kalau yang sado atlet sekolah. Kena pulak time nak mandi semua pakat pakai tuala la boxer la. Nampak bonjol je kat tengah tu. Aku tak tahu kenapa aku stim, tak terkawal kut, naluri tu datang sendiri. Masa tu aku belum baligh pun . Tak pernah mimpi basah. Last-last aku baligh manual je. Abang-abang atlet ni la jadi bahan aku. Tapi, at the other side, aku ada crush, seorang perempuan. Not sexually.Sampai aku Form 5 aku banyak kali kapel dengan perempuan tapi tak pernah kekal asyik break je, even tak sempat nak dating. Tapi aku tak pernah penat mencari cinta sejati aku. Masa tu mungkin otak aku fikir Cinta lain nafsu lain. Atau senang cerita aku tak faham apa itu cinta. Ye la drama melayu mana ada babak romen ,selalunya gaduh, bercinta then kahwin tidur sama tiba-tiba dapat anak. Happy Ending kan , aku pun nak hidup macam tu.

Culture shock, inilah apa yang terjadi kat aku bila aku melangkahkan kaki aku ke pusat pengajian tinggi. Sekali lagi diri aku yang naif ni diuji untuk mengikuti arus kehidupan , dulu drama-drama kat TV ajar aku bahawa cinta tu sesuatu perasaan suci yang penuh dengan batas-batas yang perlu diikuti yang sepatutnya diakhiri oleh perkahwinan. Barulah happy ending. Tapi kat sini, aku tengok kawan-kawan aku bercium dalam kelas, meraba-raba antara satu sama lain. Aku rasa macam dalam otak aku ada sesuatu yang tak betul. Kenapa aku tak pernah terfikir nak buat kat perempuan macam tu? Aku fikir dating tu cuma spend time with each other, cakap benda-benda yang sweet dan berkasih sayang. Aku tak boleh bayangkan perempuan yang masa zaman sekolah dulu aku anggap suci, aku anggap bidadari tapi sekarang semuanya sangap meraba-raba boyfriend bercium and even worst than that.

Bila fikir pasal perempuan otak aku jadi MINDFUCK

 Masa mula-mula aku belajar dekat Poli ni memang betul ada few individu yang aku memang stim bila tengok. Dulu masa sekolah aku suka tengok yang senior-senior je, sekarang hambek kau ramai nak mampus jantan kat sini, tolak yang gemuk-gemuk ngan pondan-pondan je. Masa tu kitorang dapat hostel satu bilik 2 orang, nasib baik aku dapat roomate budak melaka, aku budak penang baru terkial-kial nak cakap johor dia pulak budak Melaka dengan bahasa lahabau-lahabau dia pekat gila. Kitorang jadi tak berapa rapat sebab communication problem hal ni membuatkan aku jadi tak brapa berkenan dengan dia dan automatiknya aku langsung tak stim dengan dia walaupun dia agak hensem juga (budak futsal). And macam biasa, waktu paling berair adalah masa nak mandi. Ahhh kalau lelaki normal pun sanggup mengendap-ngendap perempuan mandi kat bangunan sebelah. Yang aku ni nafsu depan mata dugaan sangat. About classmate aku, alhamdulillah semua tak taste.So boleh la aku tumpu pada pelajaran. Masa tu aku fikir macam tu lah.

Aku suka kawan dengan budak-budak yang loser ni. (skema+ nerd+membosankan) one thing sebab aku rasa dyorang ni jenis kawan yang setia, dan satu lagi sebab utama aku takkan stim dengan golongan macam ni, yang ni sebab utama LOL . Aku dari Penang datang belajar dekat johor sorang-sorang mana ada kawan . Hasil daripada stupid aproach dan fake interframe aku akhirnya aku dapat seorang kawan rapat yang skema nak mampus. Most of the time aku spend dengan dia . Bosan gila babi tapi takpa janji nafsu aku terkawal. Bullshit happen when 2 minggu lepas start kelas dia berenti poli, memang anak haram. Akhirnya aku terpaksa longgarkan selfguard aku dan mula rapatkan diri dengan budak-budak lelaki yang lain. Guess what? Time tu aku happy gila.

Time tu aku tak rasa aku ada kawan baik. Aku kawan macam biasa dengan semua orang. For the first time dalam hidup aku , aku longgarkan selfguard aku. Aku maybe suka dekat lelaki tapi muka aku honest to say memang jantan. Orang takkan tahu sexuality preference aku kalau aku tak bagitahu. Cuma orang akan anggap aku agak manja sebab aku anak last dan sikap aku macam budak-budak berbanding kawan-kawan lain.

Pada suatu hari henset aku hilang dalam kelas,  then aku syak mamat ni sorokkan fon aku sebab dia orang last yang pegang fon aku ,aku namakan dia Capital T. Aku desak dia suruh mengaku tapi dia langsung tak mengaku sampailah tiba-tiba aku perasan fon aku ada atas meja. Terpampang Internet browser aku Blog Gay Melayu. Aku kaget gila la. Mati la aku kalau aku kantoi suka lelaki, aku ada 3 tahun lagi kat situ. Lepas tu aku nampak dia pergi tandas aku ikut dia, aku nakkan penjelasan, sama ada aku dah kantoi atau tak, at least aku boleh sediakan mental aku. Kat tandas masa dia tengah betulkan rambut dia aku tanya " wei ko dah nampak ke?" dia tanya aku balik "nampak apa?" aku tak puas hati aku terus desak dia pastu tiba2 dia senyum senget, angkat kening sebelah buat muka acah-acah nakal (trademark dia) pastu tiba-tiba colek puting aku. Aku blushing kejap, 1st time aku perasan kewujudan dia dalam kelas tu, sebab pada aku dia memang average look cuma kelebihan dia tinggi, dan berkulit cerah bibir dia merah mengalahkan bibir perempuan. For the rest of the day aku buat donno je pasal browser aku yang terpampang tu.







Maybe disebabkan faktor dia ni memang suka main game or bilik dia yang paling bersih ramai classmate aku suka pergi bilik dia, Aku pun rajin la lepak sekali memandangkan bilik dia sama aras dengan bilik aku dan aku pun dah takde kawan lain selain classmate aku. Pada suatu malam ni dia ajak aku berbual dengan dia time tu kitorang berbual panjang atas katil dia sampai la masing-masing mengantuk berbual pasal pengalaman bercinta beb, Macam aku kata sebelum ni, aku tak taste dengan classmate aku, so aku tak rasa dia satu ancaman yang besar. Dia selimutkan aku then for the first time aku tidur sebelah dia. Hari makin hari aku makin rapat dengan capital T. Aku selalu kacau dia main game, curi selimut dia aku even selamba je peluk-peluk dia. Dan reaksi dia selalu buat aku rasa bahagia sangat. Masa mula-mula aku happy sebab selama ni aku selalu kawan dengan set-set skema yang membosankan. Kali ni aku jumpa kawan yang boleh layan kepala gila aku. Kitorang bergurau sampai berwrestling atas katil sampai ada kawan aku yang lain cakap, korang bergurau dah nampak macam pasangan gay.

Tapi apakan daya, aku lupa naluri aku lain dengan naluri dia.

Cinta Pertama hidup aku. Selama aku hidup pertama kali cinta dan nafsu aku bersatu. Entah macam mana aku jadi suka sangat tidur dengan dia. Aku selalu pura-pura tidur awal atas katil dia supaya aku tak payah nak balik bilik aku. Even kadang-kadang aku berebut dengan classmate yang lain yang melepak kat bilik dia. Kadang-kadang aku sedar, aku takut dia rasa aku ni annoying aku cuba tidur dalam bilik aku, tapi last-last aku lari kebilik dia juga ketuk pintu tengah-tengah malam alasan aku , "wei bilik aku ada hantu, aku kena himpit," kesian dia melayan kerenah aku. Aku suka tidur sebelah dia, rasa hangat, bantal tu dia pakai sorang je, aku tidur berbantalkan lengan dia. Kadang-kadang aku curi-curi peluk dia dan cium bahu dia. Aku sedar aku jatuh cinta dengan perwatakan dia, even banyak pasal cara menguruskan diri aku contohi dia. Dia ceria, pembersih, dan mudah disenangi Aku pandang dia tinggi sangat dimata aku, Bukan setakat aku, kawan-kawan lelaki yang lain pun suka rapat dengan dia kadang-kadang aku sampai jelous sebab aku tak dapat ruang. Itu baru lelaki belum cakap pasal perempuan. Semuanya suka dia, But the fact is dia dah berpunya. Perempuan yang selalu chat dengan dia, dan yang dia cerita kat aku malam pertama kitorang tidur bersama.

Sumpah aku jelous sangat-sangat.

Tapi aku tahu, walaupun aku tak dapat ruang di hati dia, selalu kawan-kawan lain buat dia jauh dari aku tapi di malam hari dia dalam dakapan aku. Masa ni ja aku nak lepaskan segala kasih sayang aku. Aku tak tahu cara lain aku anggap setiap sentuhan aku tu umpama cara untuk aku channel perasaan aku dekat dia. Aku akhirnya kalah dibuai keenakan nafsu. Malam tu malam terakhir aku dapat rasa kehangatan lelaki pertama yang aku cintai. Masa aku tengah belai-belai nonek dia, Dia tiba-tiba terjaga lepas tu blah tinggalkan aku. Aku tahu dia marah.



Gaduh berbaik lepas tu bermasam muka balik, berulang sampai kitorang tamat belajar.Perasaan aku ibarat sampah. Honest to say aku benci diri aku masa tu. lepas habis tempoh latihan industri aku bawa diri aku jauh dari Capital T dan kawan-kawan kelas. Aku bergaul dengan satu kelompok baru. Aku kenal satu dunia lain dimana aku boleh sayang orang yang aku suka. Dunia orang macam aku. Aku bukan lagi aku yang dulu. Aku sekarang

People Like Us

Kisah ni intro je kisah-kisah yang lain bakal menyusul kepada pembaca sila la bagi komen yang membina kat penulisan saya. saya budak baru belajar :)